Sejarah penyelidikan saintifik Kilat

Benjamin Franklin (1706-1790) telah berusaha bagi menguji teori bahawa percikan api berkongsi beberapa persamaan dengan kilat menggunakan puncak menara di mana telah dibina di Philadelphia, Amerika Syarikat. Sementara menunggu penyiapan puncak menara terbabit, beliau telah mendapat idea iaitu menggunakan objek terbang seperti layang-layang. Ketika ribut petir seterusnya iaitu pada Jun 1752, telah dilaporkan bahawa beliau telah menaikkan layang-layang sambil ditemani anaknya sebagai pembantu. Pada hujung tali layang-layang tersebut, beliau telah mengikat sebatang anak kunci dan mengetatkannya pada sebatang tiang dengan benang sutera. Sekian lama masa berlalu, Franklin perasan serat bebas pada tali layang-layang tersebut telah meregang; ketika itu beliau menghala tangannya hampir pada anak kunci tersebut dan percikan api telah "melompat" pada ruang antara tangannya dan anak kunci. Hujan yang turun semasa ribut berlaku telah membasahi objek uji kajinya menyebabkan pertambahan pengalir elektrik.

Franklin bukanlah orang pertama yang menjalankan uji kaji berkenaan. Thomas-François Dalibard dan De Lors telah melaksanakan uji kaji serupa di Marly-la-Ville, Perancis, beberapa minggu sebelum uji kaji Franklin.[5][6] Dalam autobiografi beliau (ditulis pada tahun 1771-1788, diterbitkan kali pertama pada tahun 1790), Franklin menjelaskan keadaan bahawa beliau telah menjalankan uji kaji berkenaan selepas uji kaji di Perancis yang telah berlaku beberapa minggu sebelum uji kajinya tanpa pengetahuan beliau sebelumnya sebagaimana tahun 1752.[7]

Berita tentang uji kaji tersebut tersebar luas dan sesetengah orang telah mereplikakannya. Namun, uji kaji yang melibatkan kilat amatlah berisiko dan sering menyebabkan kematian. Salah satu kematian yang terkenal ketika peniru Franklin mengalir mencurah-curah ialah Profesor George Richmann dari Saint Petersburg, Rusia. Beliau mencipta uji kaji yang sama dengan Franklin dan telah menghadiri mesyuarat Akademi Sains apabila beliau terdengar bunyi guruh. Beliau cepat-cepat berlari ke rumah dengan pengukirnya bagi mengabadikan peristiwa ini untuk generasi akan datang. Berdasarkan laporan, sewaktu uji kaji terbabit telah dimulakan, kilat bebola tiba-tiba muncul dan mengena pada kepala Richman, sekaligus membunuh beliau.[8][9]

Walaupun uji kaji Benjamin Franklin yang terdahulu menunjukkan bahawa kilat merupakan nyahcas elektrik statik, terdapat sedikit kemajuan dalam kefahaman teori tentang kilat (terutama bagaimana kilat dihasilkan) lebih daripada 150 tahun. Dorongan bagi kajian baru muncul daripada bidang kejuruteraan kuasa: oleh sebab penghantaran talian kuasa telah dimasukkan dalam perkhidmatan, jurutera perlu mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kilat sebagai langkah melindungi talian dan kelengkapan dengan secukupnya.

Rujukan

WikiPedia: Kilat http://www.aldis.at http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?... http://www.archaeophysics.com/pubs/LIRM.html http://books.google.com/books?id=4L80AAAAMAAJ&pg=P... http://www.howstuffworks.com/Lightning.htm http://infoniac.com/science/terawatt-laser-beam-sh... http://green.nationalgeographic.com/environment/na... http://www.nature.com/news/2004/040906/pf/431120a_... http://www.newscientist.com/article/dn9293-physici... http://www.newscientist.com/channel/fundamentals/d...